BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 24, 2009

PEMUDA HARAPAN

SYABAS KEPADA PPU CAW.KG. PAMAH YANG TELAH BERJAYA MENGADAKAN KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP YANG TELAH BERAKHIR PADA MALAM SEMALAM.KOMITMENT YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH PEMUDA CAW.AMATLAH DIBANGGAKAN.TAHNIAH SAYA UCAPKAN PADA AHLI2 PEMUDA CAW.

3 comments:

Sinichi Kudo said...

http://www.malaysiakini.com/news/100490

Umno Paya Besar desak MB letak jawatan
Mar 18, 09 6:20pm
Umno Bahagian Paya Besar hari ini menggesa agar Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab di atas keputusan Lembaga Disiplin parti yang mendapati empat wakil rakyat Umno dari bahagian itu bersalah melanggar Perlembagaan parti dan tataetika ahli Umno.

Mereka ialah ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah; Adun Lepar, Mohd Shohaimi Jusoh; dan Adun Pancing, Mohd Zaili Besar.

Md Sohaimi adalah timbalan ketua bahagian, Mohd Shohami (naib ketua bahagian), Mohd Zaili (ahli jawatankuasa bahagian) dan Abdul Manan (ahli biasa).

Abdul Manan digantung keahlian selama setahun manakala yang lainnya diberi amaran.

Ketua bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendakwa pihaknya mempunyai saksi bahawa keberanian keempat-empat wakil rakyat tersebut yang secara terbuka mencabar etika parti, adalah didalangi oleh Adnan (foto) sendiri.

"Umno Bahagian Paya Besar merakamkan rasa kesal terhadap tindak tanduk pengerusi badan perhubungan Umno Pahang itu dan berpendapat beliau hendaklah mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Pahang," katanya dalam satu kenyataan yang difakskan ke Bernama hari ini.

Ahmad Tajuddin berkata beliau percaya keputusan Lembaga Disiplin parti adalah berasaskan peraturan sedia ada dalam rangka mengembalikan integriti parti.

Sementara itu, Adnan menasihati ahli Umno Pahang yang telah didapati bersalah supaya lebih berhati-hati pada masa depan untuk mengelakkan tragedi yang sama berulang ke atas mereka.

Dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini, beliau menasihatkan mereka, jika boleh, supaya menangguhkan sementara tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat, ketika berlangsung pemilihan Umno minggu depan, agar tidak didakwa sebagai melakukan apa-apa kesalahan.

Lembaga Disiplin Umno semalam memutuskan ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail digantung selama setahun, Ketua Pemuda Maran Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keanggotaan selama tiga tahun manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian Paya Besar Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, Naib Ketua Umno Bahagian Paya Besar Mohd Shohaimi Jusoh dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Paya Besar Mohd Zaili Besar diberikan amaran.

Adnan juga berkata, kejadian itu adalah sesuatu yang menyedihkan bagi Umno Pahang namun beliau bertegas, bahawa pada dasarnya, mereka yang didapati terbabit itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

"Adalah menyedihkan bila menyaksikan rakan-rakan kita dihukum kerana melampaui batasan kod etika parti tapi yang baiknya ialah mereka tidak melakukan apa-apa bentuk jenayah, namun keputusan Lembaga Disiplin Umno mesti dihormati oleh semua ahli parti.

"Saya ingin jelaskan bahawa Ahli Parlimen Paya Besar yang digantung setahun dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing (Md Sohaimi), Lepar (Mohd Shohaimi) dan Panching (Mohd Zaili) yang dikenakan amaran bukanlah kerana menggunakan wang tetapi didapati telah menganjurkan dan menyertai perjumpaan dalam usaha mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dalam tempoh pemilihan jawatankuasa Umno bahagian yang lepas," kata beliau.

Unknown said...

Nak tanya???ujud ker ppu caw Pamah ni....Buat kejohanan kat mana...tak dengar pun.??

azzraf said...

wujud la,sbb tu buat pgrm..