BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 18, 2009

SELAMAT BERJUANG!!!

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TELAH BERAKHIR TAPI IANYA BUKANLAH SATU NOKTAH NAMUN IANYA MERUPAKAN SATU TITIK PERMULAAN UNTUK UMNO KEMBALI MELAUNGKAN SERUAN SEMANGAT DENGAN LEBIH KUAT HINGGA MENGGEGARKAN SETIAP HATI YANG INGINKAN KEBENARAN. IA JUGA SEBAGAI VAKSIN KEPADA AHLI2 UMNO UNTUK TERUS MENYUBURKAN PERJUANGAN YANG SUCI INI. BERTETAPAN DENGAN KATA2 PRESIDEN Y.A.B DATO SERI KEPADA SELURUH PENDOKONG2 SETIA DALAM PERJUANGAN UMNO, DEKAT DIHATI RAKYAT,MENJALANKAN KERJA DENGAN IKHLAS,MENGAJAK GENARASI HARI INI BERSAMA DENGAN UMNO.UMNO BELAJAR DARI KELEMAHAN DAN KESILAPAN.UMNO BELUM NAZAK,UMNO BELUM DIKUBURKAN.UMNO MASIH MENJADI PERGERAKAN YANG PALING RELEVAN UNTUK TERUS MENABUR KHIDMATNYA KEPADA SETIAP WARGA MELAYU DAN SELURUH KAUM DIMALAYSIA INI.DENGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN YANG TELAH DIUBAH INI. KITA MENGHARAPKAN KELAHIRAN PEMIMPIN YANG BETUL2 BERKEBOLEHAN UNTUK TERUS MENERAJUI KEPIMPINAN NEGARA DISATU MASA NANTI.SYABAS DATO SERI, BANTUAN ALLAH SELALU DEKAT DALAM PERJUANGAN UMNO. HIDUP UMNO!!!

Thursday, October 8, 2009

EM NTAH LA..

SALAM PADA SEMUA SAHABAT DAN RAKAN2.SEMOGA KALIAN SENTIASA DI DALAM KEADAAN SIHAT..SATU LAGI PILIHAN RAYA KECIL AKAN BERLANGSUNG DALAM BEBERAPA HARI LAGI.KEMPEN SEMAKIN HEBAT SEDANG DILAKUKAN OLEH KEDUA2 PARTI YANG BERTANDING IAITU BN DAN PAS.MASING2 ADA LENGGOK YANG TERSENDIRI DALAM SUASANA BERKEMPEN INI UNTUK MEMBERITAHU RAKYAT TENTANG PERJUANGAN PARTI MASING2.TAPI SAYA AGAK TERKILAN SEDIKIT APABILA SEKALI LAGI SAYA DIKEJUTKAN DGN PENGGUNAAN AYAT2 SUCI AL-QURAN DIJADIKAN BAHAN KEMPEN OLEH ORANG YANG BUKAN ISLAM.SAYA AMAT TERKILAN DENGAN PERBUATAN TERSEBUT DAN TERLALU BANYAK PERSOALAN YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN SAYA INI.SAYA BUKAN LAH SEORANG TERLALU TINGGI ILMU AGAMA.TAPI SEBAGAI ORANG ISLAM SAYA TERPUKUL DENGAN PERKARA YANG BERLAKU.BERKEMPEN LAH,TAPI JANGAN LAH BUAT PERKARA2 YANG BOLEH MENYINGGUNG HATI DAN PERASAAN ORANG TERUTAMANYA ORANG ISLAM.SAYA TAK FAHAM SEBAB YANG BERCAKAP ITU ORANG YANG SECARA TERANGAN TIDAK MENGANUT AGAMA ISLAM TAPI MENGGUNAKAN AYAT2 SUCI UNTUK DIJADIKAN BAHAN KEMPEN.SAYA ADA BERTANYA KEPADA SEORANG SAHABAT SAYA KENAPA TERJADI BEGITU,DIA MENJAWAB ORANG UMNO SENDIRI TOLAK AYAT2 AL-QURAN,TAK LAKSANAKAN DASAR ISLAM YANG SEBENAR,MUNGKIN YANG DIMAKSUDKANNYA HUDUD,LAGI LA SAYA TAK FAHAM KENAPA PULA ITU JAWAPANNYA...SBB NEGERI2 YANG DIPERINTAH HARI INI OLEH PARTI PEMBANGKANG ADAKAH MEREKA MELAKSANAKAN DASAR2 ISLAM SEPENUHNYA?TEPUK DADA TANYA LA SELERA.KENAPA IANYA TERJADI...SESETENGAH ORANG ISLAM MEMBIARKAN PERKARA ITU BERLAKU ATAS ALASAN MEREKA2 INI MASIH TAK FAHAM TENTANG AGAMA ISLAM..YA ALLAH,KALAU DAH MMG MEREKA BUKAN ORANG ISLAM SUDAH TENTU MEREKA TAKKAN MEMAHAMINYA..SAYA HANYA MAMPU BERDOA AGAR AGAMA ISLAM INI SENTIASA SUCI DARIPADA BENDA2 YANG TAK BAIK.AMIN.....

Thursday, September 10, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SALAM....KEPADA RAKAN2 SEMUA..TINGGAL BEBERAPA HARI SAJA LAGI KITA AKAN MENYAMBUT HARI RAYA.SEMOGA HARI RAYA KALI INI DISAMBUT DENGAN RASA SYUKUR KITA KEHADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN IZINNYA NEGARA KITA MASIH LAGI DAPAT MENYAMBUT PERAYAAN DENGAN TIDAK ADA APA2 SEBARANG GANGGUAN.DALAM BULAN RAMADHAN INI KITA MENYAMBUT SEKALI HARI KEMERDEKAAN YG KE 52 TAHUN.KITA HARAPKAN NEGARA KITA INI TERUS AMAN MAKMUR HINGGA KE GENERASI YANG SETERUSNYA.KITA INSAF SEKIRANYA NEGARA TAK AMAN BELUM TENTU KITA DAPAT MENIKMATI DGN APA YANG KITA KECAPI HARI INI.JADI SETIAP INSAN YANG ADA DALAM BUMI MALAYSIA INI SAMA2 LAH KITA MENJAGA KEHARMONIAN YANG ADA PADA MASA SEKARANG.JANGAN GADAIKAN NILAI2 MURNI YANG TELAH KITA PELAJARI DARI NENEK MOYANG KITA.HARGAI LAH JASA2 MEREKA YANG BERMATIAN BERJUANG UNTUK ANAK CUCU MEREKA TERUS MENIKMATI KESEJAHTERAAN DI NEGARA YANG BERTUAH INI.DI KESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIIR DAN BATIN...

Friday, August 28, 2009

KALAH LAGI!!!

TAH LA TAK BERAPA RETI DAH NAK CAKAP CAMNER,ASYIK KALAH JE NI.PEMBANGKANG BETUL2 TUNJUK KEKUATAN.BN?TAK TAU APA LAGI KELEMAHAN YANG ADA PADA BN NI, MACAM PUTUS ASA JE. KALAU TAK DISEBABKAN ISLAM, MEMANG DAH PUTUS ASA. PERJUANGAN SATU PENGORBANAN. KALAH MENANG ADAT BERTANDING.. YANG PENTING USAHA KITA DAPAT MEMBERI KEBAIKAN DAN MANFAAT KEPADA UMMAH YANG DISAYANGI. AMALAN SOLEH SEBAGAI JAMBATAN KE AKHIRAT NANTI. WALAUAPAPUN, NILAI PEERJUANGAN DAN PENGORBANAN KITA HANYA ALLAH YANG TAHU. KITA SEBAGAI KHALIFAH, BUKAN KITA YANG MENENTUKAN SAPA YANG BENAR. CUMA INGATLAH, SELAGI KITA BERAMAL KERANA ALLAH, KITA ADALAH DIPIHAK YANG BENAR, SEPERTI MANA YANG RASULULLAH SAW PERJUANGKAN SELAMA HAYAT BELIAU. ALLAH BERSAMA-SAMA KITA SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN.. BIARLAAH ALLAH YANG MENILAI DAN MENENTUKAN. SEGALANYA MILIK ALLAH. TIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA. HIDUP INI BERMUSIM, KADANG HUJAN DATANG TANPA DIJANGKA, NAMUN TIDAK BERMAKNA HUJAN ITU SATU BALA, IANYA SATU RAHMAT DARI ALLAH BUAT MAKHLUKNYA. DAN HUJAN JUA AKAN PERGI, MENTARI PULA MUNCUL MENYINARI.SELAGI TERDAYA,SELAGI UMNO ITU BENAR,MAKA SAYA AKAN TERUS BERSAMA2 DALAM PERJUANGAN INI INSYA ALLAH....

Monday, August 24, 2009

assalamualaikum...selamat berpuasa..

ALHAMDULILLAH...AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN..SELAMAT BERPUASA SAYA UCAPKAN PADA RAKAN2 SEMUA...MACAM2 YANG BERLAKU YE SEKARANG NI,CITER WABAK PENYAKIT,SOSIAL,POLITIK TANAH AIR DAN MACAM2 LAGI LA,SAYA TAK TAU NAK ULAS ATAU CITER YANG MANA SATU,SBB TERLALU BANYAK SGT PERKARA YANG BERLAKU.TAPI HATI INI AGAK TERKILAN DGN ISU2 POLITIK YANG HANGAT DIPERKATAKAN HARI INI.ISU DI SELANGOR CONTOHNYA,MACAM2 HAL YANG TENGAH BERGOLAK.PAKATAN RAKYAT TENGAHBERPERANG SESAMA SENDIRI,ISU ARAK LAGI,LEPAS TU NAK GUNA WANG ZAKAT UNTUK BUAT PEMBANGUNAN KATANYA,YANG TERBARU NAK BUAT KUIL PULA DEKAT DENGAN PENEMPATAN ORANG ISLAM AMNYA.APA LAH NAK JADI AGAKNYA DENGAN NEGARA KITA NI.KENAPA LA JADI CAMNI,APA YANG PAKATAN RAKYAT CUBA BUKTIKAN?KITA YANG DENGAR CITER NI PUN JADI SERABUT MENDENGARNYA...ITU CITER DI SELANGOR,CITER KAT PENANG LAGI TERUK..TU TAK TERMASUK KENYATAAN TUAN GURU NIK AZIZ LAGI YANG MENGATAKAN AHLI UMNO TAK MASUK KE SYURGA..NA,UZUBILLLAH...SAYA MALAS NAK MENGATA BULAN2 PUASA NI,TAPI SAYA NAK BAGITAU PADA PENYOKONG2 PARTI PEMBANGKANG TERUTAMA PAS,CUBA LA SAUDARA2 MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKALIAN FIKIRKAN SEJENAK ADAKAH BENDA2 INI BETUL PADA FIKIRAN TUAN2 SEMUA.SAYA TIDAK LA PANDAI SGT TAPI SAYA RASA PERKARA YANG DISEBUT OLEH NIK AZIZ TU SATU BENDA YANG BOLEH MENGELIRUKAN UMAT ISLAM KAT MALAYSIA INI.PADA SAYA KITA INI SEBAGAI ORANG ISLAM,PERTAMANYA KENA IKUT PERINTAH ALLAH,LEPAS TU SELAGI BERNAFAS KITA KENA KEBAIKAN ATAS MUKA BUMI NI.TUHAN DAH JANJI DENGAN KITA KALAU KITA BUAT APA YANG DISURUH,DAN TINGGALKAN APA YANG DILARANG INSYA ALLAH KITA AKAN MENDAPAT BALASAN YANG BAIK,BEGITU LAH KALAU SEBALIKNYA..WALAU PUN NIK AZIZ SEORANG TUAN GURU,DIA TAK SEPATUTNYA BERKATA BEGITU..KALAU NAK DIKAJI ORANG2 LAIN DALAM PAKATAN RAKYAT TU BOLEH KE SYURGA KE?ORANG2 YANG ALIM PUN TAK BERANI MENGAKU MEREKA AKAN KE SYURGA...SAYA MALAS NAK KOMEN PANJANG2 PASAL PERKARA NI TAPI SEBAGAI ORANG ISLAM SAYA RASA TAK SALAH UNTUK SAYA BAGI PANDANGAN UNTUK DIKONGSI BERSAMA SAUDARA2...FIKIR LAH DAN RENUNG2 KAN LAH..

Tuesday, June 30, 2009

assalamualaikum

TESTING!!!!!LUPA PASWOARD LA PULAK

Monday, May 11, 2009

SALAM PERJUANGAN

SALAM..selamat menyambut hari umno yang ke 63thn.semoga parti keramat ini akan kekal sampai bila2.dalam meneruskan perjuangan terutama untuk orang2 melayu.bersyukur kita kehadrat ALLAH SWT,kerana dengan izinnya masih ada lagi parti ini sehingga hari ini..semoga ianya berkekalan dan masih dapat diterima oleh rakyat di tanah air yang tercinta ini..INSYA ALLAH,mudah2han....

Thursday, April 9, 2009

KECEWA LAGI

salam semua..agak lama saya tak menulis blog saya ni.harap sihat semuanya.pertama saya nak ucapkan tahniah kepada dato seri mohd najib kerana telah dilantik menjadi perdana menteri malaysia yang ke 6.semoga dengan peralihan kuasa yang berlaku dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pucuk pimpinan negara.tahniah juga kepada barisan kabinet yang telah dilantik baru2 ini.satu barisan yang mantap yang bakal menjalankan tugas dalam mempastikan kesejahteraan rakyat malaysia amnya.tapi sayang kita masih lagi berdepan dgn pelbagai perkara seperti masalah dalaman UMNO yang masih lagi belum selesai sepenuhnya.isu2 dalam lembaga disiplin umno masih lagi didengari hingga hari ini.saya mohon pada MKT agar segera menghentikan lembaga disiplin ini dari terus menghentam ahli2 umno ini.cukuplah dengan apa yang berlaku semasa kemuncak pemilihan parti baru2 ini.ianya sudah menjadi satu pengajaran buat semua.masih banyak lagi perkara2 yang UMNO kena laksanakan.kita gagal lagi dalam pilihan raya baru2 ini,rata2 masih lagi dikuasai oleh pembangkang..itu adalah perkara yang perlu diberi keutamaan pada masa sekarang.apa yang perlu dilakukan?kita terus menerus dikecewakan dalam merebut kerusi yang dipertandingkan.tapi saya percaya dengan kebijaksanaan perdana menteri dan barisan kabinetnya mampu mengatasi kemelut politik yang berlaku dalam negara.kami ahli2 umno akan terus bersama2 dgn pucuk pimpinan dalam membantu dan membela nasib rakyat khususnya orang melayu dan juga kaum2 lain dimalaysia.

Tuesday, February 24, 2009

PEMUDA HARAPAN

SYABAS KEPADA PPU CAW.KG. PAMAH YANG TELAH BERJAYA MENGADAKAN KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP YANG TELAH BERAKHIR PADA MALAM SEMALAM.KOMITMENT YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH PEMUDA CAW.AMATLAH DIBANGGAKAN.TAHNIAH SAYA UCAPKAN PADA AHLI2 PEMUDA CAW.

AGAMA ISLAM DIHINA LAGI!!!

SALAM SEMUA..hari ini kita dikejutkan lagi dgn berita penubuhan majlis perundingan antara agama pulau pinang yang telah ditubuhkan pada tahun lalu,dalam cubaan menyamakan agama islam dengan agama2 lain.saya sungguh terkejut dengan berita tersebut,apatah lagi apabila ada beberapa orang melayu yang beragama islam menjadi AJK dalam pertubuhan tersebut.agama islam tidak sepatutnya setaraf dengan agama lain,ini jelas dalam perlembagaan persekutuan.dimanakah maruah seorang yang beragama islam apabila duduk dalam majlis tersebut?saya nak bertanya kepada orang2 yang membela islam terutama pada parti PAS,adakah itu betul?apakah slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM itu masih relevan pada parti PAS ini?tepuk dada tanya la selera,adakah masih ingin bersama dengan PAKATAN RAKYAT.yang jelas DAP memang tidak menerima agama islam.siapakah yang membohongi rakyat sebenarnya?jangan la agama islam dipolitikkan.mari la kita sama2 membantah penubuhan majlis yang dibuat oleh DAP ini.saya menyeru kepada orang2 ISLAM agar berganding bahu dalam melindungi agama yang suci ini..sama2 la kita berdoa,semoga ALLAH memberi kekuatan pada hambanya insya allah..ALLAH HUAKHBAR!!

Monday, February 23, 2009

syabas pemuda berani!!!

salam.. sahabat semua.. PEMUDA BERANI itulah slogan yang sesuai hari ini untuk pemuda.kerana hari ini pemuda kena bersuara lantang dalam apa2 isu sekali pun,dan sekali gus membawa mesej bahawa pemuda umno masih lagi releven pada hari ini.dalam erti kata yang lain pemuda hari ini masih diperlukan dalam sayap parti UMNO.tugas pemuda hari ini bukan saja menampal poster,tapi perlu terus menjadi ikon kepada remaja kini yang semakin menjauhkan diri daripada umno.pemuda hari ini berdepan dgn berbagai2 cabaran dalam meneruskan perjuangan yang telah diamanahkan,apa yang paling penting pemuda harus berani bersuara dalam apa jua keadaannya..berani berdepan dengan sesiapa sahaja dalam menangkis tohmahan yang dillemparkan tanpa berasa gerun sedikit pun.pemuda hari ini perlu mengubah nasib orang2 melayu khususnya..jangan kita merempat ditempat sendiri,raja2 melayu kita kena pertahankan kerana kita adalah rakyat yang berpayungkan dibawah naungan raja2 yang berdaulat.kalau kita tidak mempertahankan institusi ini maka hancur lah tanah air kita ini dan juga maruah kita sebagai orang melayu..pemuda harus bertanggung jawab dalam mempastikan institusi ini terus terbela..ini adalah amanah dari nenek moyang kita,.TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA..itu kata2 laksmana hang tuah satu waktu dahulu..saya percaya masih ada pemuda yang betul2 berani dalam mempertahankan maruah orang2 melayu hari ini.bagi yang terus berjuang syabas saya ucapkan..HIDUP MELAYU!!!HIDUP BANGSA KU!!!HIDUP PEMUDA!!

Wednesday, February 18, 2009

masih keliru

salam semua..tahniah kepada ketiga tiga calon ketua pemuda umno malaysia yang telah memberikan sedikit semangat atau harapan kepada generasi muda dalam pgrm hujah baru2 ini di chanel9.sebab apa sya kata bgitu,hari ini malaysia memerlukan pemimpin yang benar2 ada kualiti untuk terus bersuara demi memperjuangkan nasib bangsa melayu amnya.dgn adanya hujah2 sebegitu maka dapat lah pemuda khususnya,memikirkan tentang senario politik dengan jelas agar ianya tidak terpesng dari landasan.mereka ini perlu lah memikirkan bagaimana untuk terus menarik minat pemuda2 supaya terus kekal memberi sokongan kepada umno,ini kerana hari ini sokongan kepada parti agak kurang daripada remaja2 yang sedang menigkat naik.mereka sentiasa memerhatikan perkembangan politik tanah air.tp malangnya mereka benar2 menjadi pemerhati tanpa bersama2 dgn kita.rata2 pemuda diperingkat caw.contohnya melahirkan rasa x berpuas hati dgn bermacam2 perkara.walau pun perkara itu terlalu kecil utk dibahaskan.contohnya,ramai ahli pemuda masih lagi tercari2 peluang pekerjaan..mereka ini pula terdiri drpd golongan yang sentisa menyokong kuat demi parti.kadang2 saya agak terkilan dgn apa yang berlaku hari ini.saya akur dgn ketidaktentuan ekonomi hari ini,tp nasib mereka harus di bela dan disuarakan,kerana ini lah generasi yang akan terus bersama2 dgn parti.sesiapa saja yang bakal memimpin pemuda nanti saya berharap boleh mencari jalan bagaimana untuk membuka peluang seluas2nya kepada generasi ini dalam membaik pulih dari segi ekonomi.ini perlu dilakukan kerana mereka ini mengharapkan sesuatu perubahan.masih banyak lagi agenda2 yang belum selesai terutama kepada ppu caw2.ini adalah salah satu drpdnya.sama2 lah kita renungkan dan fikirkan..

Tuesday, February 17, 2009

pening bos

salam..macam2 isu dah kuar ari ni..apa nak jadi agaknya dgn anak bangsa kita em tah la..tp apa pn sbgai ank bangsa yg sygkan negara dan tanah air kita hadapilah dgn penuh sabar dan semangat dalam kita menjaga perpaduan semua kaum yg ada di malaysia ini.kepada rakan2 diluar sana hari ini kita berdepan dgn pelbagai cabaran dimana semakin hari hidup kita dihimpit dgn pelbagai masalah yg melanda terutama dari segi ekonomi,politik dan sebagainya..adakah kita bersyukur atau sebaliknya?cubalah kita renungkan semula sejarah kita sendiri..betapa sshnya bangsa kita ini satu masa dulu..klu nak dibandingkan dgn keadaan hari ini.tp agak malang dlm kita terlalu mengejar kemajuan kita hari ni lupa tentang asal usul kita..sedarlah..pupuk kembali dan sematkan dalam hati yg kita sygkan tanah air kita ini..jgn lah kita berpecah belah sesama kita,itu akan merugikan kita sendiri..dari segi politiknya pula,jgn lah kita terlalu ghairah utk saling bantai membantai,mengejar pangkat dan gila kuasa,kerana jika itu berlaku maka kita xakan aman sampai bila2..memadailah ada dalam hati kita berpolitik hanya untuk perjuangan,berjuang demi agama,bangsa dan negara..ianya akan menjadi contoh kepada generasi yg akan datang yang akan terus memperjuangkannya...

Monday, February 2, 2009

Welcome to my blog

Salam Perjuangan
Assalamualaikum, kepada sahabat seperjuangan semoga dengan adanya blog saya ini dapat lah kita bersama-sama berkongsi pendapat dan pandangan dalam kita meneruskan perjuangan dalam umno ini khususnya, semoga ianya tidak menjadi satu perjuangan yang sia-sia demi menyelamatkan AGAMA BANGSA dan TANAHAIR kita yang tercinta ini.