BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 9, 2009

KECEWA LAGI

salam semua..agak lama saya tak menulis blog saya ni.harap sihat semuanya.pertama saya nak ucapkan tahniah kepada dato seri mohd najib kerana telah dilantik menjadi perdana menteri malaysia yang ke 6.semoga dengan peralihan kuasa yang berlaku dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pucuk pimpinan negara.tahniah juga kepada barisan kabinet yang telah dilantik baru2 ini.satu barisan yang mantap yang bakal menjalankan tugas dalam mempastikan kesejahteraan rakyat malaysia amnya.tapi sayang kita masih lagi berdepan dgn pelbagai perkara seperti masalah dalaman UMNO yang masih lagi belum selesai sepenuhnya.isu2 dalam lembaga disiplin umno masih lagi didengari hingga hari ini.saya mohon pada MKT agar segera menghentikan lembaga disiplin ini dari terus menghentam ahli2 umno ini.cukuplah dengan apa yang berlaku semasa kemuncak pemilihan parti baru2 ini.ianya sudah menjadi satu pengajaran buat semua.masih banyak lagi perkara2 yang UMNO kena laksanakan.kita gagal lagi dalam pilihan raya baru2 ini,rata2 masih lagi dikuasai oleh pembangkang..itu adalah perkara yang perlu diberi keutamaan pada masa sekarang.apa yang perlu dilakukan?kita terus menerus dikecewakan dalam merebut kerusi yang dipertandingkan.tapi saya percaya dengan kebijaksanaan perdana menteri dan barisan kabinetnya mampu mengatasi kemelut politik yang berlaku dalam negara.kami ahli2 umno akan terus bersama2 dgn pucuk pimpinan dalam membantu dan membela nasib rakyat khususnya orang melayu dan juga kaum2 lain dimalaysia.